Cintai Dia dalam Diam

Cukup cintai dia dalam diam..
Bukan kerana membenci hadirnya..
Tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia..
Tetapi meraih syurgaNYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya..
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati..
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
Insya Allah.. Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK..
'..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' ~Surah Al Baqarah : Ayat 216~
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Cintai Dia dalam Diam"

Posting Komentar